Sabtu, 27 April 2013

Taklimat Sistem Maklumat JPNiN e-RT


Salam semua...

Satu taklimat mengenai Sistem Maklumat JPNiN e-RT telah diadakan pada 26hb April 2013 bertempat di Sempurna Resort pada jam 9.00 malam. Taklimat ini telah diberikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negeri Pahang kepada semua AJK utama KRT daerah Kuantan. 

Melalui taklimat tersebut, semua AJK utama KRT dimestikan mengemaskini data-data AJK serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan juga penyata kewangan KRT secara online bagi membolehkan pihak Jabatan Perpaduan membuat penilaian keaktifan sesebuah KRT tersebut.

Secara amnya, pemarkahan tahap keaktifan Kawasan Rukun Tetangga terbahagi kepada 4 bahagian :-
  1. Pengurusan Rukun Tetangga (30%)
  2. Perlaksanaan Aktiviti(50%)
  3. Projek Innovasi (10%)
  4. Skim Rondaan Sukarela (10%)
Setiap KRT perlu mengunci masuk data keaktifan KRT di Sistem Maklumat JPNIN - Sistem e-RT-  sub modul Pengurusan KRT/Pengurusan SRS  dengan pecahan seperti berikut :-
  1. Aktiviti/Program – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Kepelbagaian aktiviti hendaklah juga diambil kira termasuk program anjuran bersama.
  2. Mesyuarat Rukun Tetangga – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
  3. Kewangan RT- perlu direkod setiap transaksi di mana penyata bulanan akan di jana menerusi sistem e-kewangan atau secara manual bagi KRT yang menghadapi masalah capaian terhadap sistem ini.
  4. Skim Rondaan Sukarela perlu ditubuhkan dan pengoperasiannya adalah diukur dari kekerapan rondaan yang dijalankan dan kes yang dilapurkan.
Markah Keaktifan Rukun Tetangga :-
60% ke atas – aktif
20% -59% -sederhana aktif
0% -19%- tidak aktif


Geran tahunan hanya akan diberikan kepada KRT yang aktif sahaja. Oleh demikian, semua KRT dimestikan mengemaskini sistem maklumat ini bagi memastikan mereka menerima geran tahunan tersebut.

Taklimat tersebut bersurai lebih kurang pukul 11.30 mlm dengan sedikit jamuan ringan disediakan.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...