Ahad, 16 Jun 2013

Perubahan Laluan di Bandar Kuantan


Salam Perpaduan...

PEMAKLUMAN:-

Bagi meminimumkan masalah kesesakan lalulintas di Pusat Bandar, perubahan jalan dua hala kepada sehala akan dilaksanakan secara percubaan bermula pada 22 Julai 2013 sehingga 21 Oktober 2013 melibatkan sebahagian jalan2 yang berikut:

Jalan Wong Ah Jang
Jalan Tun Ismail
Jalan Beserah
Jalan Teluk Sisek
Jalan Besar
Jalan Gambut
Jalan Merdeka

Sebarang cadangan dan pertanyaan, sila telefon Bahagian Jalan MPK di talian 09-5121323 / 324 Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

sumber: MPK

Isnin, 29 April 2013

Jawatan Kosong di MUIP


Salam semua..

Iklan Jawatan Kosong Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

1. Pegawai Hal Ehwal Islam
2. Penolong Pegawai Tanah
3. Penolong Pegawai Pertanian
4. Juruteknik Komputer
5. Juruteknik Ukur Bahan
6. Pembantu Am Pejabat

Borang boleh didapati di Pejabat MUIP atau muat turun dari laman web http://www.muip.gov.my/

Tarikh tutup permohonan : 10 Mei 2013





# bagi anak-anak penduduk yang masih mencari pekerjaan, boleh la try memohon.


 

Ahad, 28 April 2013

Baikpulih Gelanggang Takraw


Salam Perpaduan buat semua...

Seperti yang semua sedia maklum, di dalam kawasan perkampungan kita ini agak kekurangan dari segi kawasan padang permainan serta kemudahan yang disediakan. Atas inisiatif AJK KRT telah memperbaiki gelanggan sepak takraw dengan membuat garisan bagi gelanggang tersebut untuk memudahkan penduduk bermain di tempat tersebut. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua anak2 muda yang turut serta membantu.










Bantuan Dermasiswa Pelajaran Pusat Pengajian Tinggi/ Pondok Bagi Tahun 2013


Salam semua..


Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menawarkan bantuan Dermasiswa Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi atau Pondok kepada anak kelahiran negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau Pondok yang diiktiraf. Permohonan hendaklah di buat secara atas talian dengan melayari laman web: http://www.muip.gov.my/ dan hendaklah menepati syarat-syarat seperti di bawah.


SYARAT KELAYAKAN
 
Pelajar yang memohon hendaklah:-

 1)          Berumur sekurang-kurangnya 13 tahun ke atas;
 2)          Warganegara Malaysia yang beragama Islam;
 3)          Anak kelahiran negeri Pahang yang menetap di Negeri Pahang ;atau
              Telah bermastautin lebih dari 7 tahun dan berhasrat menetap di negeri Pahang
              dengan melampirkan surat pengesahan bermastautin dari Ketua Kampung atau  
              Penghulu atau Pengurus Felda setempat sahaja;
 4)          Sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau Ijazah     

              Sarjana Muda SEPENUH MASA sahaja;
 5)          Telah lulus dalam peperiksaan tahun atau semester terkini.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN PENERIMAAN DOKUMEN SEBELUM ATAU PADA 31HB MEI 2013
 

**PERINGATAN : Semua borang permohonan di atas hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat akan DITOLAK


Sabtu, 27 April 2013

Taklimat Sistem Maklumat JPNiN e-RT


Salam semua...

Satu taklimat mengenai Sistem Maklumat JPNiN e-RT telah diadakan pada 26hb April 2013 bertempat di Sempurna Resort pada jam 9.00 malam. Taklimat ini telah diberikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negeri Pahang kepada semua AJK utama KRT daerah Kuantan. 

Melalui taklimat tersebut, semua AJK utama KRT dimestikan mengemaskini data-data AJK serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan juga penyata kewangan KRT secara online bagi membolehkan pihak Jabatan Perpaduan membuat penilaian keaktifan sesebuah KRT tersebut.

Secara amnya, pemarkahan tahap keaktifan Kawasan Rukun Tetangga terbahagi kepada 4 bahagian :-
  1. Pengurusan Rukun Tetangga (30%)
  2. Perlaksanaan Aktiviti(50%)
  3. Projek Innovasi (10%)
  4. Skim Rondaan Sukarela (10%)
Setiap KRT perlu mengunci masuk data keaktifan KRT di Sistem Maklumat JPNIN - Sistem e-RT-  sub modul Pengurusan KRT/Pengurusan SRS  dengan pecahan seperti berikut :-
  1. Aktiviti/Program – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Kepelbagaian aktiviti hendaklah juga diambil kira termasuk program anjuran bersama.
  2. Mesyuarat Rukun Tetangga – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
  3. Kewangan RT- perlu direkod setiap transaksi di mana penyata bulanan akan di jana menerusi sistem e-kewangan atau secara manual bagi KRT yang menghadapi masalah capaian terhadap sistem ini.
  4. Skim Rondaan Sukarela perlu ditubuhkan dan pengoperasiannya adalah diukur dari kekerapan rondaan yang dijalankan dan kes yang dilapurkan.
Markah Keaktifan Rukun Tetangga :-
60% ke atas – aktif
20% -59% -sederhana aktif
0% -19%- tidak aktif


Geran tahunan hanya akan diberikan kepada KRT yang aktif sahaja. Oleh demikian, semua KRT dimestikan mengemaskini sistem maklumat ini bagi memastikan mereka menerima geran tahunan tersebut.

Taklimat tersebut bersurai lebih kurang pukul 11.30 mlm dengan sedikit jamuan ringan disediakan.







Rabu, 17 April 2013

Pengesahan AJK Penaja sebagai AJK Tetap KRT


Salam..

Alhamdulillah, pendaftaran bagi penubuhan KRT Perkampungan Indera Sempurna dan peronda SRS bagi kawasan ini telah diluluskan. Bertempat di pondok SRS Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B) telah diadakan satu Mesyuarat Pengesahan dan Perlantikan AJK Penaja sebagai AJK tetap KRT bagi tahun ini. Majlis bersurai pada jam 11.45 malam.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Pn. Asmarawati sebagai wakil Pej Perpaduan & Integrasi Daerah Kuantan.

 AJK Penaja yang hadir


 Pn. Asmarawati wakil PPD Daerah Kuantan


 Pn. Asmarawati menyampaikan Sijil Penubuhan KRT kepada Pengerusi KRT yang dilantik




# Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepada semua AJK yang dilantik




Sabtu, 30 Mac 2013

Tauke Kedai Rentung Separuh Badan




KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas separuh badannya rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah kedai bateri kenderaan di Taman Indera Sempurna, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, pemilik kedai, Leong Hong Bin, 28, ditemui maut dalam sebuah bilik di kedai terbabit oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang memadam kebakaran.

Saksi kejadian, Zarin Mohd Taib, 35, berkata, dia ternampak asap keluar dari bahagian depan pintu kedai tersebut kira-kira jam 11 pagi.
Menurutnya, dia kemudiannya memanggil beberapa rakan yang berada di kawasan berkenaan dan membuka pintu kedai itu.

“Sebaik sahaja membuka pintu kedai, saya lihat api sudah marak namun kami tetap cuba memadamkannya namun gagal.

“Saya terus menghubungi pihak bomba kerana api sukar dikawal. Waktu itu saya tidak tahu ada orang di dalam kedai berkenaan kerana tidak mendengar sebarang jeritan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Zarin berkata, mangsa kebiasaannya membuka kedainya pada awal pagi namun tidak berbuat demikian semalam. Isteri mangsa, Patou, 23, yang merupakan warga Laos berkata, suaminya keluar ke kedai kira-kira jam 9.30 pagi semalam. Katanya, kebiasaannya, suami bergilir-gilir menguruskan kedai itu bersama ibu bapanya namun sejak seminggu lalu mangsa bekerja sendirian kerana ibu bapanya melancong ke Vietnam.

“Sepatutnya saya menemaninya ke kedai, tapi saya penat, jadi dia pergi ke kedai bersendirian,” kata ibu dua anak berusia 2 tahun dan 9 bulan itu.

Sebelum itu, Patou dan adik perempuan mangsa diminta membuat pengecaman mayat Hong Bin.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.45 pagi sebelum dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba dan penyelamat berjaya mengawal api daripada merebak kira-kira 40 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan, anggota bomba menemui mayat mangsa yang sudah rentung terbaring di atas lantai dalam pejabat premis berkenaan,” katanya.

Anuar berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bagi bedah siasat. Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Operasi diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Mat Lazim Jaafar bersama 10 anggota dan turut mendapat kerjasama anggota dari Balai Bomba Kuantan.


sumber: Sinar Harian



Pembayaran Wang Pampasan Takaful


Salam semua..

Pada 29hb Mac 2013, pihak AJK KRT Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B) telah mengadakan satu aktiviti makam-makan bersama sebilangan kecil AJK KRT di pondok SRS sempena majlis penyampaian cek pampasan insurans takaful kepada seorang ahli SRS yang telah mengalami kemalangan sebelum ini. Pn. Asmarawati turut dijemput bersama-sama dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu juga, pihak KRT Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B) juga telah memohon untuk membuat pendaftaran bagi menubuhkan SRS bagi kawasan Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B) dengan pihak Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional. Aktiviti ini ditaja sepenuhnya oleh AJK KRT.

 antara menu dan aktiviti malam tu

Pn. Asmarawati menyampaikan sedikit taklimat mengenai penubuhan SRS yang dipohon

 Pn. Asmarawati memohon pihak AJK KRT memaklumkan kepada semua jiran kepentingan menjadi ahli SRS selain menjaga kawasan perkampungan


 Penyampaian cek kepada Muhamad Riduan

 Muhamad Riduan menerima wang pampasan takaful

Muhamad Riduan merupakan ahli SRS semasa KRT Perkampungan Indera Sempurna diwujudkan sehingga kini.

Secara rasminya, kiranya 20 orang ahli KRT telah mendaftarkan nama sebagai ahli SRS bagi membolehkan permohonan untuk mendaftarkan SRS di Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B).



# gambar tidak jelas kerana diambil menggunakan kamera telefon.




Jumaat, 18 Januari 2013

Majlis Perjumpaan Penduduk Indera Sempurna Fasa 1B


Salam semua.

Pada 17hb Januari 2013, bertempat di Padang Permainan Lorong 31 jam 9.00 malam, satu majlis perjumpaan dengan penduduk Indera Sempurna Fasa 1(B) telah diadakan bagi menerangkan dan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai penubuhan KRT Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B). 

Majlis pada malam itu telah dihadiri hampir 100 orang penduduk serta Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional cawangan Negeri Pahang iaitu Pn. Asmarawati yang mana beliau telah menjelaskan secara lanjut mengenai penubuhan KRT yang baru serta perlantikan AJK Penaja sebagai AJK Tetap. Perlantikan AJK tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh penduduk yang hadir. Pn. Asmarawati memaklumkan bahawa KRT ditubuhkan atas permintaan penduduk untuk manfaat dan kesejahteraan penduduk itu sendiri. Menjadi tanggungjawab AJK yang dipilih untuk memastikan KRT ini berjalan dan terus hidup. Beliau juga telah menyatakan bahawa KRT Perkampungan Indera Sempurna sebelum ini telah dibatalkan pendaftarannya dan kawasan KRT telah dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Fasa 1(A), Fasa 1(B) dan Fasa 1(C).

Pn. Asmarawati juga memaklumkan bahawa selepas tertubuhnya KRT, AJK perlu memohon untuk mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Setiap SRS perlu dianggotai oleh min 20 orang ahli berumur 18 tahun ke atas. Ahli yang berdaftar dilindungi oleh insuran sekiranya berlaku musibah semasa menjalankan tugas rondaan. Di dalam majlis tersebut banyak maklumat mengenai KRT yang diberikan dan disampaikan kepada penduduk yang hadir. 

Majlis dikahiri dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh AJK Penaja serta ramah mesra antara penduduk yang hadir.


"Jawatan adalah amanah bagi memenuhi suatu tanggungjawab..hasrat dan juga harapan.."

 


 

Isnin, 14 Januari 2013

Penubuhan KRT Fasa 1B


Salam semua..

Memandangkan KRT Perkampungan Indera Sempurna yang ditubuhkan sebelum ini telah dibubarkan disebabkan kawasan Indera Sempurna kini makin bertambah besar dan mempunyai penduduk yang semakin ramai serta semakin hari kedengaran pelbagai jenis kejadian berlaku di kawasan perkampungan ini, maka atas inisiatif bekas AJK KRT Perkampungan Indera Sempurna En. Mahaiyidin (Pokcik) dan En. Zakaria (Pokya) telah menubuhkan satu AJK Penaja mencari dan menyalurkan maklumat yang diperlukan bagi memenuhi tuntutan permohonan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mewujudkan KRT yang baru. 

Tahniah diucapkan atas inisiatif yang dilakukan oleh Pokcik dan Pokya yang bersusah payah dan bekerja keras memastikan penubuhan KRT ini diluluskan.





Khamis, 10 Januari 2013

Salam Perpaduan


Assalamualaikum w.b.t...

Berdasarkan kepada perbincangan antara ahli Jawatankuasa Penaja KRT Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B), maka diwujudkan laman blog ini bagi menyalurkan apa-apa maklumat yang berguna untuk semua penduduk. Blog ini juga bertujuan bagi memberi peluang kepada semua penduduk Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B) yang ingin menulis, menyampaikan maklumat atau membuat pegumuman,iklan atau apa-apa saja yang dapat memberi maanfaat kepada semua penduduk Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B).

Blog ini diharapkan akan dapat menjadi salah satu alat perhubungan yang boleh mengeratkan hubungan kita semua tak kira bangsa, agama, muda atau tua, kaya atau tak berapa kaya, pelajar atau pekerja, lelaki atau wanita, pemilik atau penyewa, bekerja atau tidak bekerja dan sebagainya. Kami sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini dan yang memulakan kewujudan blog ini berharap bahawa hubungan kita semua sesama jiran akan dapat ditingkatkan dari sehari ke sehari.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan idea ke dalam blog ini, boleh berbuat demikian. Segala pandangan, cadangan atau komen boleh disampaikan di dalam 2 bahasa dan 2 gaya bahasa iaitu english atau melayu, ...standard atau pasar melalui emel yang disediakan. Apa yang penting adalah setiap penulisan kita perlu dijaga adab penulisannya supaya tidak menyentuh soal sensitiviti kaum dan parti politik.


Sekian. Terima Kasih.

"Bersama-sama Kita Menjaga Keharmonian dan Perpaduan Kawasan Kita"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...