Jumaat, 18 Januari 2013

Majlis Perjumpaan Penduduk Indera Sempurna Fasa 1B


Salam semua.

Pada 17hb Januari 2013, bertempat di Padang Permainan Lorong 31 jam 9.00 malam, satu majlis perjumpaan dengan penduduk Indera Sempurna Fasa 1(B) telah diadakan bagi menerangkan dan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai penubuhan KRT Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B). 

Majlis pada malam itu telah dihadiri hampir 100 orang penduduk serta Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional cawangan Negeri Pahang iaitu Pn. Asmarawati yang mana beliau telah menjelaskan secara lanjut mengenai penubuhan KRT yang baru serta perlantikan AJK Penaja sebagai AJK Tetap. Perlantikan AJK tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh penduduk yang hadir. Pn. Asmarawati memaklumkan bahawa KRT ditubuhkan atas permintaan penduduk untuk manfaat dan kesejahteraan penduduk itu sendiri. Menjadi tanggungjawab AJK yang dipilih untuk memastikan KRT ini berjalan dan terus hidup. Beliau juga telah menyatakan bahawa KRT Perkampungan Indera Sempurna sebelum ini telah dibatalkan pendaftarannya dan kawasan KRT telah dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Fasa 1(A), Fasa 1(B) dan Fasa 1(C).

Pn. Asmarawati juga memaklumkan bahawa selepas tertubuhnya KRT, AJK perlu memohon untuk mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Setiap SRS perlu dianggotai oleh min 20 orang ahli berumur 18 tahun ke atas. Ahli yang berdaftar dilindungi oleh insuran sekiranya berlaku musibah semasa menjalankan tugas rondaan. Di dalam majlis tersebut banyak maklumat mengenai KRT yang diberikan dan disampaikan kepada penduduk yang hadir. 

Majlis dikahiri dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh AJK Penaja serta ramah mesra antara penduduk yang hadir.


"Jawatan adalah amanah bagi memenuhi suatu tanggungjawab..hasrat dan juga harapan.."

 


 

Isnin, 14 Januari 2013

Penubuhan KRT Fasa 1B


Salam semua..

Memandangkan KRT Perkampungan Indera Sempurna yang ditubuhkan sebelum ini telah dibubarkan disebabkan kawasan Indera Sempurna kini makin bertambah besar dan mempunyai penduduk yang semakin ramai serta semakin hari kedengaran pelbagai jenis kejadian berlaku di kawasan perkampungan ini, maka atas inisiatif bekas AJK KRT Perkampungan Indera Sempurna En. Mahaiyidin (Pokcik) dan En. Zakaria (Pokya) telah menubuhkan satu AJK Penaja mencari dan menyalurkan maklumat yang diperlukan bagi memenuhi tuntutan permohonan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mewujudkan KRT yang baru. 

Tahniah diucapkan atas inisiatif yang dilakukan oleh Pokcik dan Pokya yang bersusah payah dan bekerja keras memastikan penubuhan KRT ini diluluskan.





Khamis, 10 Januari 2013

Salam Perpaduan


Assalamualaikum w.b.t...

Berdasarkan kepada perbincangan antara ahli Jawatankuasa Penaja KRT Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B), maka diwujudkan laman blog ini bagi menyalurkan apa-apa maklumat yang berguna untuk semua penduduk. Blog ini juga bertujuan bagi memberi peluang kepada semua penduduk Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B) yang ingin menulis, menyampaikan maklumat atau membuat pegumuman,iklan atau apa-apa saja yang dapat memberi maanfaat kepada semua penduduk Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B).

Blog ini diharapkan akan dapat menjadi salah satu alat perhubungan yang boleh mengeratkan hubungan kita semua tak kira bangsa, agama, muda atau tua, kaya atau tak berapa kaya, pelajar atau pekerja, lelaki atau wanita, pemilik atau penyewa, bekerja atau tidak bekerja dan sebagainya. Kami sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini dan yang memulakan kewujudan blog ini berharap bahawa hubungan kita semua sesama jiran akan dapat ditingkatkan dari sehari ke sehari.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan idea ke dalam blog ini, boleh berbuat demikian. Segala pandangan, cadangan atau komen boleh disampaikan di dalam 2 bahasa dan 2 gaya bahasa iaitu english atau melayu, ...standard atau pasar melalui emel yang disediakan. Apa yang penting adalah setiap penulisan kita perlu dijaga adab penulisannya supaya tidak menyentuh soal sensitiviti kaum dan parti politik.


Sekian. Terima Kasih.

"Bersama-sama Kita Menjaga Keharmonian dan Perpaduan Kawasan Kita"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...