Isnin, 29 April 2013

Jawatan Kosong di MUIP


Salam semua..

Iklan Jawatan Kosong Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

1. Pegawai Hal Ehwal Islam
2. Penolong Pegawai Tanah
3. Penolong Pegawai Pertanian
4. Juruteknik Komputer
5. Juruteknik Ukur Bahan
6. Pembantu Am Pejabat

Borang boleh didapati di Pejabat MUIP atau muat turun dari laman web http://www.muip.gov.my/

Tarikh tutup permohonan : 10 Mei 2013





# bagi anak-anak penduduk yang masih mencari pekerjaan, boleh la try memohon.


 

Ahad, 28 April 2013

Baikpulih Gelanggang Takraw


Salam Perpaduan buat semua...

Seperti yang semua sedia maklum, di dalam kawasan perkampungan kita ini agak kekurangan dari segi kawasan padang permainan serta kemudahan yang disediakan. Atas inisiatif AJK KRT telah memperbaiki gelanggan sepak takraw dengan membuat garisan bagi gelanggang tersebut untuk memudahkan penduduk bermain di tempat tersebut. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua anak2 muda yang turut serta membantu.










Bantuan Dermasiswa Pelajaran Pusat Pengajian Tinggi/ Pondok Bagi Tahun 2013


Salam semua..


Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menawarkan bantuan Dermasiswa Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi atau Pondok kepada anak kelahiran negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau Pondok yang diiktiraf. Permohonan hendaklah di buat secara atas talian dengan melayari laman web: http://www.muip.gov.my/ dan hendaklah menepati syarat-syarat seperti di bawah.


SYARAT KELAYAKAN
 
Pelajar yang memohon hendaklah:-

 1)          Berumur sekurang-kurangnya 13 tahun ke atas;
 2)          Warganegara Malaysia yang beragama Islam;
 3)          Anak kelahiran negeri Pahang yang menetap di Negeri Pahang ;atau
              Telah bermastautin lebih dari 7 tahun dan berhasrat menetap di negeri Pahang
              dengan melampirkan surat pengesahan bermastautin dari Ketua Kampung atau  
              Penghulu atau Pengurus Felda setempat sahaja;
 4)          Sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau Ijazah     

              Sarjana Muda SEPENUH MASA sahaja;
 5)          Telah lulus dalam peperiksaan tahun atau semester terkini.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN PENERIMAAN DOKUMEN SEBELUM ATAU PADA 31HB MEI 2013
 

**PERINGATAN : Semua borang permohonan di atas hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat akan DITOLAK


Sabtu, 27 April 2013

Taklimat Sistem Maklumat JPNiN e-RT


Salam semua...

Satu taklimat mengenai Sistem Maklumat JPNiN e-RT telah diadakan pada 26hb April 2013 bertempat di Sempurna Resort pada jam 9.00 malam. Taklimat ini telah diberikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negeri Pahang kepada semua AJK utama KRT daerah Kuantan. 

Melalui taklimat tersebut, semua AJK utama KRT dimestikan mengemaskini data-data AJK serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan juga penyata kewangan KRT secara online bagi membolehkan pihak Jabatan Perpaduan membuat penilaian keaktifan sesebuah KRT tersebut.

Secara amnya, pemarkahan tahap keaktifan Kawasan Rukun Tetangga terbahagi kepada 4 bahagian :-
  1. Pengurusan Rukun Tetangga (30%)
  2. Perlaksanaan Aktiviti(50%)
  3. Projek Innovasi (10%)
  4. Skim Rondaan Sukarela (10%)
Setiap KRT perlu mengunci masuk data keaktifan KRT di Sistem Maklumat JPNIN - Sistem e-RT-  sub modul Pengurusan KRT/Pengurusan SRS  dengan pecahan seperti berikut :-
  1. Aktiviti/Program – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Kepelbagaian aktiviti hendaklah juga diambil kira termasuk program anjuran bersama.
  2. Mesyuarat Rukun Tetangga – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
  3. Kewangan RT- perlu direkod setiap transaksi di mana penyata bulanan akan di jana menerusi sistem e-kewangan atau secara manual bagi KRT yang menghadapi masalah capaian terhadap sistem ini.
  4. Skim Rondaan Sukarela perlu ditubuhkan dan pengoperasiannya adalah diukur dari kekerapan rondaan yang dijalankan dan kes yang dilapurkan.
Markah Keaktifan Rukun Tetangga :-
60% ke atas – aktif
20% -59% -sederhana aktif
0% -19%- tidak aktif


Geran tahunan hanya akan diberikan kepada KRT yang aktif sahaja. Oleh demikian, semua KRT dimestikan mengemaskini sistem maklumat ini bagi memastikan mereka menerima geran tahunan tersebut.

Taklimat tersebut bersurai lebih kurang pukul 11.30 mlm dengan sedikit jamuan ringan disediakan.







Rabu, 17 April 2013

Pengesahan AJK Penaja sebagai AJK Tetap KRT


Salam..

Alhamdulillah, pendaftaran bagi penubuhan KRT Perkampungan Indera Sempurna dan peronda SRS bagi kawasan ini telah diluluskan. Bertempat di pondok SRS Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B) telah diadakan satu Mesyuarat Pengesahan dan Perlantikan AJK Penaja sebagai AJK tetap KRT bagi tahun ini. Majlis bersurai pada jam 11.45 malam.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Pn. Asmarawati sebagai wakil Pej Perpaduan & Integrasi Daerah Kuantan.

 AJK Penaja yang hadir


 Pn. Asmarawati wakil PPD Daerah Kuantan


 Pn. Asmarawati menyampaikan Sijil Penubuhan KRT kepada Pengerusi KRT yang dilantik




# Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepada semua AJK yang dilantik




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...