Jumaat, 18 Januari 2013

Majlis Perjumpaan Penduduk Indera Sempurna Fasa 1B


Salam semua.

Pada 17hb Januari 2013, bertempat di Padang Permainan Lorong 31 jam 9.00 malam, satu majlis perjumpaan dengan penduduk Indera Sempurna Fasa 1(B) telah diadakan bagi menerangkan dan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai penubuhan KRT Perkampungan Indera Sempurna Fasa 1(B). 

Majlis pada malam itu telah dihadiri hampir 100 orang penduduk serta Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional cawangan Negeri Pahang iaitu Pn. Asmarawati yang mana beliau telah menjelaskan secara lanjut mengenai penubuhan KRT yang baru serta perlantikan AJK Penaja sebagai AJK Tetap. Perlantikan AJK tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh penduduk yang hadir. Pn. Asmarawati memaklumkan bahawa KRT ditubuhkan atas permintaan penduduk untuk manfaat dan kesejahteraan penduduk itu sendiri. Menjadi tanggungjawab AJK yang dipilih untuk memastikan KRT ini berjalan dan terus hidup. Beliau juga telah menyatakan bahawa KRT Perkampungan Indera Sempurna sebelum ini telah dibatalkan pendaftarannya dan kawasan KRT telah dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Fasa 1(A), Fasa 1(B) dan Fasa 1(C).

Pn. Asmarawati juga memaklumkan bahawa selepas tertubuhnya KRT, AJK perlu memohon untuk mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Setiap SRS perlu dianggotai oleh min 20 orang ahli berumur 18 tahun ke atas. Ahli yang berdaftar dilindungi oleh insuran sekiranya berlaku musibah semasa menjalankan tugas rondaan. Di dalam majlis tersebut banyak maklumat mengenai KRT yang diberikan dan disampaikan kepada penduduk yang hadir. 

Majlis dikahiri dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh AJK Penaja serta ramah mesra antara penduduk yang hadir.


"Jawatan adalah amanah bagi memenuhi suatu tanggungjawab..hasrat dan juga harapan.."

 


 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...